Majlis Sambutan Hari Raya USIM 2019
21 Jun 2019 - Majlis Sambutan Hari Raya USIM telah diadakan sebagai acara tahunan.BKKUSIM telah bekerjasama dengan StraComm sebagai urusetia bagi mengendalikan Majlis ini. Cabaran kali ini agak berbeza kerana Majlis disekalikan dengan Majlis Ulangtahun Kelahiran Tuanku Naib Canselor USIM. Majlis kali ini di adakan di Dataran Canselori memandangkan lokasi utama seperti tahun-tahun yang lepas iaitu di Dewan Tuanku Canselor USIM telah digunakan untuk peperiksaan akhir tahun. Kehadiran seperti biasa sangat menggalakkan dimana seramai lebih kurang 600 - 700 staf dan jemputan telah menghadirkan diri.