Hari Kesenian Islam & Iftar Perdana USIM 2019

22 Mei 2019 - BKKUSIM telahpun menganjurkan dua program serentak iaitu Hari Kesenian Islam dan Iftar Perdana USIM 2019 dimana kedua-dua program tersebut telah diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhkriz USIM. Antara pengisian Hari Kesenian Islam adalah Pertandingan Hafazan,Pertandingan Tilawah Al- Quran,Pertandingan Aza, Pertandingan Menulis Esei bertemakan Ramadhan, Pertandingan Foto Menarik dan Video Terbaik.Semua acara diadakan di sebelah pagi.Seramai lebih kurang 10 orang telah mengambil bahagian.

Berikut adalah keputusan pertandingan yang telah diadakan :

1. Pertandingan Hafazan - Puan Lina Syazwani Jamal
2. Tilawah Al-Quran Lelaki - Puan Lina Syazwani Jamal
3. Azan - Dr Mohd Hafiz Abu Hassan 
4. Menulis Esei - Puan Rezki Perdani Sawai
5. Foto Menarik - En Mohd Azreen bin Jamian
6. Video Terbaik - Puan Nurul Khadijah Mohammad

Pada sebelah petang pula diadakan Forum sempena Nuzul Quran yang bertajuk Lambaian Ramadhan. Forum ini menampilkan En Hisham Sabri,Pensyarah FEM selaku moderator dan dua orang ahli panel iaitu Prof Madya Dr Abd Manan Ismail,Pengarah PPKI dan Dr.Mushaddad Abdullah,Pengarah Pusat Wakat & Zakat.

 

Program Iftar Perdana USIM 2019 diadakan bermula jam 6.45 petang.Majlis bermula dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang dalam pertandingan program Hari Kesenian Islam yang telah diadakan pada sebelah pagi.Majlis telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor, Prof Madya Dr.Mohd Rushdan Mohd Jalilani yang mewakili Naib Canselor USIM.Pada program ini juga diadakan penyerahan duit raya kepada anak-anak staf USIM yang hadir pada hari itu. Kehadiran dan penyertaan secara keseluruhan adalah lebih kurang 100 orang.

 

 

 

 

 

 Anda Pengunjung ke:

 

BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN USIM (BKKUSIM)
Aras 1, Pusat Komersil, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8053 | Faks: +606-798 6291 | Email: bkk[at]usim.edu.my | Tarikh kemaskini : 11 Julai 2014