PERKHIDMATAN
Mesyuarat Agung Tahunan BKKUSIM diadakan setiap dua tahun sekali (Dwi-Tahunan) bagi meleporkan aktiviti yang telah dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) serta pelantikan AJK baharu. Sertailah Mesyuarat Agung Tahunan BKKUSIM dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Mesyuarat diadakan sebelum 31 Disember tahun kedua pelantikan AJK.
Sesungguhnya kematian itu pasti bagi setiap yang hidup, bagi memberi semangat kepada ahli keluarga kakitangan USIM yang telah pergi meninggalkan dunia, lawatan ziarah keluarga diadakan bagi mengucapkan Salam Takziah serta sedikit sumbangan daripada BKKUSIM. Sertailah kami untuk memberi sokongan dan sumbangan kepada ahli keluarga arwah kakitangan USIM.
Stress dengan masalah anda? Luangkan masa anda dengan Hari Keluarga USIM dengan pelbagai acara dan permainan sukan rakyat yang menyeronokkan. Hari Keluarga nampak lagi mantap dengan gabungan kerjasama antara badan, persatuan, kelab dan kesatuan di USIM. Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya apabila diumumkan tarikh rasmi Hari Keluarga USIM.
Rezeki yang dinikmati adalah untuk dikongsi bersama dengan insan-insan yang memerlukannya. Penganjuran majlis di USIM dengan menjemput ahli Rumah Anak Yatim di kawasan berdekatan USIM lebih meriah dengan kehadiran mereka serta kegembiraan terserlah apabila mendapat sumbangan daripada kakitangan USIM. Sertai kami untuk penganjuran majlis sebegini.
Rindukan hidangan juadah lauk berbuka puasa di bulan Ramadhan? BKKUSIM dengan kerjasama kelab dan persatuan di USIM sentiasa mengadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana antara Pengurusan Universiti dengan kakitangan dan pelajar. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menikmati hidangan berbuka puasa dan solat terawikh.
Dana sumbangan BKKUSIM adalah terhad untuk pembahagian kepada insan yang memerlukan. Bantulah kami untuk bekerjasama mendapatkan sumbangan derma kilat. BKKUSIM mempunyai ahli di setiap PTJ yang mampu menjadi wakil untuk membuat kutipan. Makluman derma kilat BKKUSIM akan dibuat menerusi email dan sumbangan boleh dihulurkan menerusi wakil yang dinamakan.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM tidak akan meriah tanpa kehadiran anda. Nikmatilah juadah enak hari raya dengan menu pelbagai yang dihidangkan oleh gerai-gerai PTJ di USIM. Keenakkan menikmati juadah ini diserikan lagi sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di antara kakitangan. Sertai Majlis ini dengan pemakaian baju raya yang serba baru.

 Anda Pengunjung ke:

 

BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN USIM (BKKUSIM)
Aras 1, Pusat Komersil, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8053 | Faks: +606-798 6291 | Email: bkk[at]usim.edu.my | Tarikh kemaskini : 11 Julai 2014