Lawatan Ziarah dan Ucapan Takziah Keluarga Arwah Dr. Ahmad Nasrizal Zainal

Kemaman, 4 Mac 2014 - USIM dikejutkan dengan berita kematian kakitangan akademik iaitu Dr. Ahmad Nasrizal Zainal daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. USIM telah membuat lawatan ziarah ke rumah keluarga arwah di Kemaman, Terengganu. Turut hadir semasa lawatan tersebut adalah Cik Ashikin Abdullah dan Pn. Raja Mariam selaku wakil daripada Bahagian Modal Insan (BMI), Jabatan Pendaftar USIM serta wakil BKKUSIM iaitu En. Faizudin Ahmad.

 

Lawatan diadakan pada jam 10.00 pagi ke rumah kakak sulung Arwah yang terletak di Kemaman, Terengganu. Lawatan disambut baik oleh bapa kandung arwah En. Zainal yang sudi meluangkan masa melayan serta menceritakan serba sedikit latar belakang Arwah kepada pihak USIM.

Bagi Pihak USIM turut meluangkan masa untuk melawat kubur arwah yang terletak tidak jauh daripada rumah kakak arwah dan memberikan sedekat Al-Fatihah dan berharap agar rohnya dicucuri Rahmat. BKKUSIM turut menyampaikan sumbangan kematian bagi ahli BKKUSIM dan pihak BMI turut mengambil beberapa dokumen berkaitan untuk direkodkan.

Bagi warga USIM, marilah kita sama-sama mendoakan semoga Arwah Dr. Ahmad Nasrizal Zainal diletakkan dalam kalangan orang-orang beriman serta semoga rohnya dicucuri Rahmat. Lawatan berakhir pada jam 1.00 tengahari dan ibubapa serta keluarga arwah turut menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan kepada USIM atas sokongan dan kebajikan yang telah dibuat.


Dilaporkan oleh,

Badan Kebajikan Kakitangan
Sesi 2013/2015

 Anda Pengunjung ke:

 

BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN USIM (BKKUSIM)
Aras 1, Pusat Komersil, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8053 | Faks: +606-798 6291 | Email: bkk[at]usim.edu.my | Tarikh kemaskini : 11 Julai 2014