Futsal Amal Bantu Sumbang Derma Pembedahan Jantung Adik Nur Qaireena

Nilai, 19 November 2013 - Bagi menampung perbelanjaan pembedahan jantung Adik Nur Qaireena Sofea, anak perempuan kepada kakitangan USIM, perlawanan Futsal amal dianjurkan oleh Kesatuan Kakitangan Sokongan USIM (KUSIMA) dengan penyertaan beberapa persatuan di USIM seperti Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Persatuan Kakitangan Akademik (PKAUSIM) dan Badan Kebajikan Kakitangan (BKKUSIM).

Turut serta menonton perlawanan Futsal Amal adalah Naib Canselor USIM, Y. Bhg. Profesor Dato' Dr. Asma Ismail yang turut menyampaikan rasa simpati terhadap anak kakitangan kakitangan USIM, Nur Qaireena Sofea yang akan menjalani pembedahan jantung berlubang tidak lama lagi.

Hasil kutipan tersebut terus diserahkan kepada kakitangan USIM, En. Azhar Khozin, Penolong Akauntan, Jabatan Bendahari USIM untuk meringankan beban menanggung kos pembedahan dan rawatan tersebut. Perlawanan tersebut bermula pada jam 8.00 malam dan tamat pada jam 9.30 malam dengan sesi ramah mesra Naib Canselor dengan peserta futsal tersebut.

Dilaporkan oleh,


Badan Kebajikan Kakitangan USIM
Sesi 2013/2015

 Anda Pengunjung ke:

 

BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN USIM (BKKUSIM)
Aras 1, Pusat Komersil, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8053 | Faks: +606-798 6291 | Email: bkk[at]usim.edu.my | Tarikh kemaskini : 11 Julai 2014