SOALAN LAZIM

1. Bagaimanakah sekiranya saya ingin membuat tuntutan bayaran?

Tuntutan bayaran boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan tuntutan bayaran dengan butiran yang lengkap beserta dengan bukti tuntutan seperti resit atau lain-lain dokumen yang berkaitan. Borang permohonan dan bukti bayaran perlu dihantar kepada Bendahari BKKUSIM mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

2. Bolehkan saya membuat tuntutan sekiranya saya telah menamatkan perkhidmatan di USIM?

Bagi kakitangan yang telah menamatkan perkhidmatan di USIM samada bersara, berpindah keluar daripada USIM atau ditamatkan oleh USIM, permohonan tuntutan sumbangan persaraan perlulah dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh akhir tamat perkhidmatan atau sebelum tarikh Mesyuarat Agung BKKUSIM atau mana-mana tempoh yang paling hampir. Sekiranya tuntutan dihantar selepas tarikh tersebut, pembayaran tidak akan diproses.

3. Bagaimanakah saya ingin membayar caruman kepada BKKUSIM?

Potongan gaji akan dibuat secara automatik bagi setiap kakitangan USIM yang masih aktif tempoh perkhidmatannya di USIM. Sekiranya anda ingin membuat sumbangan kepada BKK, sila berhubung dengan Pengerusi atau Bendahari BKKUSIM untuk urusan pembayaran.

4. Bagaimanakah saya ingin menjadi AJK BKKUSIM?

Pelantikan AJK adalah menerusi Mesyuarat Agong yang akan diadakan setiap dua (2) tahun sekali. Pencalonan boleh dihantar kepada Setiausaha dalam tempoh 15 minggu sebelum tarikh Mesyuarat Agong atau pencalonan boleh diumumkan semasa Mesyuarat Agung berlangsung.

5. Bilakah tarikh Mesyuarat Agung BKKUSIM akan diadakan?

Mesyuarat Agung BKKUSIM akan diadakan dua (2) tahun sekali sebelum 31 Disember tahun kedua lantikan jawatankuasa. Notis menghadiri Mesyuarat Agung akan diadakan 15 hari sebelum tarikh mesyuarat berlangsung.

6. Bolehkan saya menarik diri daripada menjadi Ahli BKKUSIM?

Tidak boleh kerana semua kakitangan USIM secara automatik menjadi Ahli BKKUSIM. Seseorang ahli akan gugur keahliannya sekiranya telah tamat perkhidmatan atau ditamatkan perkhidmatan di USIM.

7. Dimanakan saya perlu menghantar borang, surat atau apa-apa dokumen kepada BKKUSIM?

Sebarang surat menyurat boleh dihantar kepada:

Pengerusi
Badan Kebajikan Kakitangan USIM (BKKUSIM)Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai
Negeri Sembilan

Sekiranya dokumen adalah mustahak, sila berhubung terus dengan AJK kami.

8. Saya dan pasangan saya (suami/isteri) berkhidmat di USIM, bolehkan saya membuat tuntutan dua (2) kali?

Tuntutan hanya dibenarkan sekali sahaja bagi tujuan yang sama. Tuntutan kedua daripada pasangan adalah tidak digalakkan dan hanya akan dipertimbangkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa BKKUSIM sahaja.

9. Sekiranya saya telah berhenti dari USIM, bolehkan saya menuntut bayaran?

Tuntutan bayaran selain daripada persaraan adalah tidak dibenarkan sekiranya seseorang ahli itu telah berhenti atau diberhentikan oleh USIM. Tuntutan persaraan boleh dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh berhenti.

10. Bolehkan saya melayari laman web ini dirumah?

Ya, laman web ini boleh dicapai dimana-mana atau bila-bila masa sahaja sekiranya mempunyai capaian internet.

 

 Anda Pengunjung ke:

 

BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN USIM (BKKUSIM)
Aras 1, Pusat Komersil, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8053 | Faks: +606-798 6291 | Email: bkk[at]usim.edu.my | Tarikh kemaskini : 11 Julai 2014