LATAR BELAKANG

Badan Kebajikan Kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (BKKUSIM) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2000 yang pada masa itu dikenali sebagai Badan Kebajikan Kakitangan Kolej Universiti Islam Malaysia (BKKKUIM). Antara objektif penubuhannya adalah untuk menjadi satu badan penyelaras sementara dalam hal ehwal kebajikan kakitangan USIM.

Jawatankuasa Penaja BKKUSIM telah dibentuk oleh Tn. Hj. Addenan Hj. Abd. Rahman yang merupakan Pendaftar USIM pada ketika itu telah pun dilantik sebagai Pengerusi pertama bagi Badan ini. Selaras dengan penubuhan ini, mesyuarat pertamanya pada 21 Ogos 2000, telah bersetuju untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:

1. Menjadi badan penyelaras dalam hal-ehwal kebajikan terutamanya dalam menangani permasalahan yang dialami oleh kakitangan.
2. Menubuhkan Tabung Kebajikan USIM melalui potongan gaji dan potongan gaji tersebut telahpun dimulakan pada bulan November 2000.
3. Merangka aktiviti untuk faedah ahli.
4. Penubuhan Kesatuan/Kelab Kakitangan
5. Tidak ada peruntukan khas daripada USIM untuk menampung program/aktiviti yang bakal diadakan
 
Tuntutan bayaran boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan tuntutan bayaran dengan butiran yang lengkap beserta dengan bukti tuntutan seperti resit atau lain-lain dokumen yang berkaitan. Borang permohonan dan bukti bayaran perlu dihantar kepada Bendahari BKKUSIM mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

 Anda Pengunjung ke:

 

BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN USIM (BKKUSIM)
Aras 1, Pusat Komersil, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8053 | Faks: +606-798 6291 | Email: bkk[at]usim.edu.my | Tarikh kemaskini : 11 Julai 2014